
Well, gambar kat sebelah ni..inilah rumah sewa baru kita orang nanti. Smalam pergi tengok rumah ni kat Bandar Saujana Putra. Betul - betul bersebelahan dengan ELITE highway. Memang dah planning nak menyewa kat area sini. Sebabnya sewanya murah untuk kategori rumah double storey, 4 bilik & 3 bilik air. Sewa monthly Rm500 murahkan?. Kalau korang nak pun boleh. Masih banyak lagi rumah kosong yang nak di sewakan kat sini. Ada jugak sewanya cuma RM450 punya tapi kita orang tak nak. Alang - alang nak menyewa..so, kita orang amik yang RM500 ni..bezanya takla ketara sangat cuma space kat bahagian belakang tuh luas sikit nnt senang kita orang nak tanam serai, pokok cili ker...atau apa - apa yang boleh di tanam la.. :)
So, discuss ngan Susan (Agen Reapfield)..awal bulan 6 ni baru boleh masuk..ingatkan boleh masuk dalam 2, 3 hari lagi..tapi tak boleh pasal rumah completely new..api, air, grill, lampu & kipas semua belum apply lagi...okla takpe and that time jugak terus bayar deposit RM1000 kat Susan..
Dan motif yang kuat sekali yang menyebabkan kita orang pindah nih..pasal dekat ngan opis aku kat Cyberjaya..hehe..Allhamdulillah, 10 minit aje. My wife pun 10 minit jugak nak pergi ke tempat kerja dia kat UNISEL , Shah Alam. Berbanding sekarang, 30 minit untuk ke opis dia & 20 minit untuk ke opis aku. Banyak diferrent tuh...jimat masa & minyak...cuma bila pindah nanti takdela dah streamyx..huhu..line telefon dah ada kat kawasan baru tuh..cuma nantila..over budget la nnt..tunggula bila revise gaji nanti dah settle boleh la apply..sementara nih guna internet kat opis ajela untuk mengupdate blog aku nih...huhuh...